Isu nafkah anak ni kalau bincang takkan habis. Tanggungjawab siapa ni ibu2, bapa2 sekalian?
Bila suami isteri bercerai, anak tinggal dengan ibu. Segalanya berkaitan ank dipergalaskan dibahu ibu? ibu masak, ibu suap anak, ibu mandikan anak, ibu tidurkan ank, ank2 bergaduh bertengkar ibu leraikan, begitulah rutin seharian berulang ke hari esoknya.
Nk teruskan hidup perlukan duit. Nk beli beras lauk utk isi perut ank2 juga ibu keluarkan. Bukan tak minta dgn bapa budak2 tu tapi liatnya tak boleh bawa bincang. Agak2 stress tak ibu budak2 tu??
Begini lah yg sentiasa berlaku. Tak dinafikan ada bapa yg bertanggungjawab, selepas cerai tetap memikul tanggungjawab sbg bapa. Kamu bercerai dgn isteri je, kamu tak bercerai dgn ank2 tu. Sampai ke tua dan sampai ke mati lah ank2 tu menjadi ank kamu.
Syabas kpd bapa2 yg bertanggungjawab.
Untuk bapa yang melupakan tanggungjawab setelah bercerai ni, semoga dibukakan pintu hati. Berterima kasih lah kepada ibu yang menjaga. Tolonglah sama-sama ya.
Untuk ibu, jika bapa ni masih liat nak beri nafkah anak, heret je pergi ke mahkamah. Biar mahkamah yg keluarkn perintah nafkah.