mazidah husain logo

Blog artikel dan kisah kes perundangan syariah

Kisah Kes: Lafaz cerai melalui whatsapp. Sila ambil pengajaran ye…

Post sy tempoh hari ramai yg msg bertanyakan situasi mereka. Meh sini sy terangkn sedikit. Lafaz cerai secara whatsapp di kategorikan sebagai lafaz kinayah yg memerlukan kepada niat suami. Bila memerlukan niat suami, semasa bicara suami perlu hadir utk diambil keterangan. Tetapi andaikata suami liat betul nk hadir, mahkamah boleh teruskn kes tanpa kehadiran suami. […]

Kisah Kes: Suami Suka-suka Lafaz Cerai

Alhamdulillah selesai bicara kes pengesahan rujuk dan cerai hari ni.  Akibat dari suami yg suka2 lafaz cerai. Berulang kali. Lafaz cerai kononnya di buat utk yakinkan teman wanita bahawa dia sanggup ceraikan isteri. Akhirnya sampai ke pengetahuan isteri. Semasa bicara, berulang kali tak mengaku ada niat. Tanya punya tanya, soal punya soal, akhirnya si suami […]

Berkahwin 3 Bulan, Apalah Nasib Isteri

Saya ingin berkongsikan pengalaman saya menguruskan kes salah seorang klien saya. Puan Amy (bukan nama sebenar) baru sahaja menyelesaikan kes cerainya di Mahkamah. Bercerai daripada sebuah perkahwinan yang amat singkat, 3 BULAN! Mungkin ini perkara yang jarang tuan/puan dengar, tetapi sebagai peguam syarie, saya sudah beberapa kali mendengar kes yang sama. Antara tempoh perkahwinan yang […]

Diceraikan Kosong, Mari Tuntut Mut’ah

Masih ada yang bertanya apakah itu Mut’ah? Mut’ah adalah pemberian saguhati oleh suami kepada isteri selepas berlakunya perceraian. Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 juga menyatakan bahawa mut’ah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang diceraikan. Bayaran Mut’ah ini boleh dibuat selepas perceraian di Mahkamah yang mana […]

Diceraikan Suami, Tuntut Hak Anda

Sebelum berkahwin semuanya manis dan indah-indah belaka, bila berlakunya pergolakan rumah tangga ianya ibarat satu batu menghempap kepala dan dada sehingga mampu memusnahkan akal dan fikiran dari berfungsi dengan baik dan rasional akibat berpandukan emosi yang tidak stabil. (Sedap tak ayat, haa.. peguam la katakan) Masing-masing menyalah dan menuding jari, malah ada yang sehingga membuat […]