Daftar Nikah Lambat, Anak Jadi Mangsa

Ada kisah yang hendak saya kongsikan pada hari ini. Sudah menjadi rutin harian, saya akan ke Mahkamah Syariah.

Selepas sebutan kes saya selesai saya ada terserempak dengan sepasang suami isteri. Kami sempat berborak. Pasangan tersebut baru selesai prosiding kes Pengesahan Pendaftaran Pernikahan. Mereka bernikah di Songkhla, Thailand. Mereka memberitahu saya arahan mahkamah pada hari ini supaya mereka membuat pindaan fakta di dalam Afidavit yang telah mereka failkan.

Alasan Mahkamah menyuruh berbuat demikian kerana fakta di dalam Afidavit tidak lengkap dan terdapat isu berkaitan wali yang ditimbulkan oleh hakim bicara.

Sudah saya jelaskan di dalam entry sebelum ini sebelum failkan permohonan seharusnya pemohon menyemak dan meneliti sehabis baik fakta yang dimasukkan supaya perjalanan kes berjalan dengan baik.


Teringat saya satu kes sepasang suami isteri yang pernah saya saksikan bicaranya. Saya sempat mendengar Yang Arif hakim membacakan keputusan kes. Mendukacitakan apabila keputusan kes tidak memihak kepada pasangan yang dibicarakan apabila pernikahan mereka difaraqkan (dipisahkan/dibubarkan).

Ianya sangat mengejutkan bukan? Saya masih ingat rupa kekecewaan pasangan tersebut.

Ketika perbicaraan, pasangan tersebut bukan hanya datang berdua sebaliknya bertiga. Siapa yang ketiga itu? (bukan syaitan tau). Yang ketiga itu adalah anak mereka. Ya, saya ulang mereka hadir bersama anak perempuan mereka yang pada masa itu saya kira umurnya baru sahaja menjangkau usia 2 tahun.

Saya melihat mereka termenung.

Apa terjadi dengan pasangan itu? Dan apa status anak perempuan itu?

Kisah mereka tidak akan berakhir dengan kedukaan sekiranya mereka segera mendapatkan khidmat guaman kerana masih ada cara-cara yang boleh menyelamatkan keadaan mereka yang akan saya jelaskan kemudian.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Ikuti kami di media sosial untuk info terkini mengenai harta, kekeluargaan, panduan dan juga pandangan kami berkenaan sesuatu isu berkaitan undang- undang syariah.

ALAMAT & WAKTU OPERASI

59-3, Jalan 5/76b, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Isnin – Jumaat, 9:00 AM – 6:00 PM
Hakcipta Terpelihara © 2021 Mazidah Husain Associates.