Diceraikan Suami, Tuntut Hak Anda

Sebelum berkahwin semuanya manis dan indah-indah belaka, bila berlakunya pergolakan rumah tangga ianya ibarat satu batu menghempap kepala dan dada sehingga mampu memusnahkan akal dan fikiran dari berfungsi dengan baik dan rasional akibat berpandukan emosi yang tidak stabil. (Sedap tak ayat, haa.. peguam la katakan)

Masing-masing menyalah dan menuding jari, malah ada yang sehingga membuat keputusan untuk memutuskan hubungan yang terbina sekian lama.

Si isteri sering kali terpaksa memikul segala beban seorang diri.

Situasi ini menyebabkan si isteri sering kali terpaksa memikul segala beban seorang diri dengan menanggung keseluruhan tanggungjawab yg asalnya dipikul bersama.

Barangkali pihak wanita yang pernah bergelar isteri lupa bahawa dia sebenarnya mempunyai hak untuk menuntut daripada bekas suami, terutamanya:

  • Nafkah Iddah
  • Nafkah tertunggak sepanjang tempoh perkahwinan
  • Muta’ah (Saguhati perceraian)
  • Harta sepencarian
  • Hutang perkahwinan
  • Mahar yg tidak ditunaikan

Selepas perceraian masing-masing akan melalui fasa baru, segalanya tidak lagi sama seperti sebelumnya. Yang paling terjejas adalah si isteri. Jangan biarkan diri anda terbeban dengan kesulitan.

Tidak semua persetujuan bersama itu ‘win-win situation‘.

Fikir dan dapatkan nasihat sebelum membuat apa-apa keputusan atau persetujuan bersama kerana tidak semua persetujuan bersama itu ‘win-win situation‘, boleh jadi anda melepaskan hak anda tanpa rela dan menjejaskan masa depan anda dan anak-anak.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Ikuti kami di media sosial untuk info terkini mengenai harta, kekeluargaan, panduan dan juga pandangan kami berkenaan sesuatu isu berkaitan undang- undang syariah.

ALAMAT & WAKTU OPERASI

59-3, Jalan 5/76b, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Isnin – Jumaat, 9:00 AM – 6:00 PM
Hakcipta Terpelihara © 2021 Mazidah Husain Associates.