Kisah Kes: Lafaz cerai melalui whatsapp. Sila ambil pengajaran ye…

Post sy tempoh hari ramai yg msg bertanyakan situasi mereka. Meh sini sy terangkn sedikit.
Lafaz cerai secara whatsapp di kategorikan sebagai lafaz kinayah yg memerlukan kepada niat suami.
Bila memerlukan niat suami, semasa bicara suami perlu hadir utk diambil keterangan. Tetapi andaikata suami liat betul nk hadir, mahkamah boleh teruskn kes tanpa kehadiran suami. Ada prosesnya. 
Sy ceritakn sedikit pengalaman sy mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai melalui whatsapp tempohari:
Setelah berbincang di luar mahkamah, suami bersetuju membuat pengakuan ayat di dalam whtsapp dibuat olehnya. Tapi dia yakin ayat tersebut tiada niat cerai. 
Semasa bicara, dia dgn yakin menjawab tiada niat, tiada niat dan tiada niat.. dlm whatsapp berulang kali tulis “aku ceraikan dia, aku ceraikan dia”. 
Bicara yang panjang. Akhirnya termakan dgn jawapan sendiri yang menunjukkan ada niat. Dan akhirnya mengaku bhw ada niat. 
Dlm keterangan katanya tiada niat menceraikan isteri. Hanya bertujuan untuk memberi keyakinan kepada “teman wanita” bahawa dia sanggup untuk menceraikan isteri. Semasa keterangan katanya isteri tak perlu masuk campur kerana itu urusan antara dia dgn teman wanita. 
Lafaz cerai ni tidak kira samada dilafazkn kepada sesiapa pun ya. Walaupun dilafazkan cerai ni kepada orang lain, tetapi tetap merujuk hubungan antara suami dan isteri. Kalau dh mengaku “dia” dlm lafaz tu adalah isteri, maksudnya talak antara suami dgn isteri lah. Bukan antara suami dgn teman wanita. 
Jangan mudah2 nk lafazkan talak ya. Walaupun anda tak lafazkn kepada isteri, asalkn ayat itu lengkap dan anda merujuk kepada isteri anda, talak tetap jatuh.
Jika anda rasa anda pernah berbuat sedemikian, apakah status anda dgn isteri anda sekarang? Masih lagi suami isteri? Sila sahkan status anda dimahkamah segera. Jika anda belum pernah melakukan sedemikian, ambillah iktibar drpd perkongsian sy ini.
Buat para isteri. Jika puan2 dapat tahu suami pernah lafaz yg sedemikian, jgn dibiarkn. Perlu disahkn lafaz tersebut. Khuatir dosa yg ditanggung suami seorang kini ditanggung berdua pula.
Peguam Syarie Mazidah Husain
Call: 011-58905848
KONGSIKAN ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Ikuti kami di media sosial untuk info terkini mengenai harta, kekeluargaan, panduan dan juga pandangan kami berkenaan sesuatu isu berkaitan undang- undang syariah.

ALAMAT & WAKTU OPERASI

59-3, Jalan 5/76b, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Isnin – Jumaat, 9:00 AM – 6:00 PM
Hakcipta Terpelihara © 2021 Mazidah Husain Associates.