Nusyuznya Seorang Isteri

Selalunya post saya berkaitan bagaimana seorang isteri itu struggle dalam kehidupan rumahtangga yang mana selalu dipukul, dianiaya, diambil kesempatan dari segi kewangan dan sebagainya. Namun kali ini bertentangan pula kisahnya.. Sangat berbeza..
Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang lelaki dimana dia lah yang berperanan sebagai ibu dan sebagai bapa, menguruskan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan isterinya yang merasakan dirinya masih lagi bujang, sentiasa keluar dengan kawan, bercuti bersama. Dan melepak itu perkara yang biasa.
Pertemuan pertama saya dengan lelaki itu ditemani anak perempuannya yang sudah agak besar, darjah lima masa tu. Setiap penceritaan ayahnya akan disokong oleh anak perempuannya, bagaimana anaknya itu meluahkan bahawa dia dan adik-adik sangat berkecil hati dengan sikap ibu mereka. 
Pernah di hujung minggu dia bertanya pada anak-anaknya “Nak ikut tak mama keluar berjalan?”, anak-anak menjawab “Tak nak”. Tuan puan tahu apa yang si ibu ini balas jawapan anak-anaknya? “Baguslah, lagi bebas mama nak berjalan-jalan”.
Ya Allah, saya yang mendengar ini sangat sedih dengan apa yang mereka ceritakan. Anak mana yg tidak kecil hati dengan jawapan ibu yang sebegitu. Langsung tidak dipujuk, sebaliknya lebih seronok anak-anak tidak ikut. Perkara sebegini bukan berlaku sekali dua, tetapi acapkali.
Ketika berjumpa dengan saya, kes perceraian mereka sedang berjalan (isteri beliau yg failkan). Selepas berbual panjang, beliau nekad untuk memfailkan hak penjagaan anak. 
Beberapa hari selepas pertemuan, lelaki ini whatsapp sy memberitahu isterinya sekarang berada di hotel bersama kekasih gelap. Lelaki ini bertanya saya adakah perlu dia membuat laporan. Saya terus menjawab PATUT!!! saya menggesa beliau membuat laporan. Dan beliau memberitahu saya, beliau akan berbincang dengan anak-anak dahulu. Hasilnya laporan dibuat.
Alhamdulillah, bersyukur kerana laporan dibuat tetapi pada masa yang sama sedih dengan situasi yang menimpa keluarga ini. Bagaimana seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak boleh bertindak sedemikian, bersama dengan lelaki lain di hotel. Pasti hancur luluh perasaan seorang suami dan anak. 
Kes perceraian selesai dan kes hak penjagaan anak pula diteruskan. Dalam tempoh kes hak penjagaan berjalan kami ada buat perjanjian dengan isteri berkaitan ‘melawat anak-anak’. Ketika kes sedang berjalan, anak-anak akan tinggal bersama ayah mereka.
Dalam tempoh kes hak penjagaan sedang berjalan, berbagai provokasi diterima dari bekas isteri. Bekas isteri menyatakan yang beliau hanya menuntut hak penjagaan anak supaya tidak dipandang sebagai ibu yang tidak baik di mata orang sekeliling. 
Ya tuan puan, menuntut bukan sebab sayangkn anak, tetapi hanya untuk menjaga muka.
Seterusnya dalam kes sedang berjalan kami menerima satu panggilan daripada peguam bekas isteri mengatakan anakguam beliau bersedia untuk menarik balik kes dan bersetuju menyerahkan hak jagaan anak sepenuhnya kepada anakguam saya.
Alhamdulillah, kes selesai. Anak-anak tinggal bersama dengan bapa yang lebih menghargai mereka. Mudah-mudahan anak-anak ini membesar dengan penuh kasih sayang dari seorang ayah walaupun si ibu sudah tiada tempat di hatinya untuk mereka.
Peguam Syarie Mazidah Husain
KONGSIKAN ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Ikuti kami di media sosial untuk info terkini mengenai harta, kekeluargaan, panduan dan juga pandangan kami berkenaan sesuatu isu berkaitan undang- undang syariah.

ALAMAT & WAKTU OPERASI

59-3, Jalan 5/76b, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Isnin – Jumaat, 9:00 AM – 6:00 PM
Hakcipta Terpelihara © 2021 Mazidah Husain Associates.