Terlalu byk kes cerai yg berlaku dimana si suami mahupn si isteri menggunakan anak sbg senjata utk serangan emosi. Seolah-olah sudah tidak waras dlm bertindak. Sy namakn mereka ini sbg Si Zalim.
Sedih sy membayangkn keadaan anak yg kadang2 masih menyusu badan, manja dgn ibu/bapa tiba2 tidak dapat lagi berjumpa dgn ibu/bapa yg mereka sayangi yg menjadi tempat mereka bermanja. Zalim sungguh Si Zalim ini, dia hanya mementingkn perasaan marah lebih drpd silaturrahim dan kasih sayang antara anak dan ibu/bapa tersebut.
Kadang2 anak meraung di depan pintu rumah bila dpt lihat wajah si ibu/bapa mereka diluar pagar rumah. Nak pergi peluk pun di halang oleh Si Zalim. Anda boleh bayangkn perasaan ibu/bapa yg berada diluar rumah Si Zalim ini, nak bersentuhan dgn anak tersayang tidak kesampaian, walaupn anak tu hanya di depan mata sahaja.
Sekarang situasi yg sama tetapi bayangkn pula perasaan anak tersebut. Allahuakbar. Meronta2 minta dilepaskn nk peluk abi/umi dia. Mencurah2 air mata menangis memanggil abi/umi. Kadang2 dapat capai tangan tp di sentap Si Zalim seolah2 anak itu tak rasa sakit. Tak meleleh ke air mata anda?
Kasihan dan sedih sy tgk anak2 yg tidak bersalah menjadi mangsa dipisahkn drpd ibu/ayah secara paksa.
Kononnya nk bercerai secara baik. Mula2 bergilir2 minggu jaga anak. Seminggu dgn ayah, seminggu dgn ibu. Mula2 ok. Lama-kelamaan bila ada yg menghasut, anak langsung disekat drpd berjumpa ibu/bapa. Kadang2 bukan org lain tetapi atuk nenek sendiri yg menjadi kaki hasut.
Nak buat laporan polis? Polis pn tak boleh nk buat apa kerana tiada lg perintah hak jagaan ank kerana kes masih berjalan.
Anda buat laporan polis mcm mana sekalipn, polis tidak boleh mengambil tindakan ke atas pasangan anda.
Kenapa polis tak boleh ambil tindakan? Kerana Si Zalim ini bukan org luar, tetapi ibu/bapa kandung anak itu. Jika org luar, bolehlah kita tuduh sbg penculik. Tapi jika ibu/bapa kandung yg berbuat demikian? Si Zalim je lah gelarannya.
BAGAIMANA SAYA NAK MENGELAKKAN SITUASI INI?
Ketika kes cerai sedang berjalan, beritahu peguam anda utk failkn kes interim hak jagaan anak. Kes interim hak jagaan anak ini akn membantu mahkamah mengeluarkn perintah hak jagaan sementara.
JIKA SAYA TAK DAPAT HAK JAGAAN SEMENTARA MCM MANA?
Walaupun anda tidak dapat hak jagaan sementara, anda akn diberi hak lawatan dan bermalam dgn anak. Ketika giliran anda utk bersama anak, jika Si Zalim menghalang anda drpd berjumpa dgn anak, baru anda buat laporan polis dan tunjukkan perintah mahkamah utk kes interim tersebut.
Dengan adanya perintah itu, polis boleh ambil tindakan yg lebih tegas. Sekiranya masih terhalang, anda boleh failkn kes perlanggaran perintah terhadap Si Zalim dan jika disabit, mereka BOLEH DIPENJARAKAN.
JIKA PASANGAN BUAT HAL BARULAH SAYA FAILKAN KES INTERIM…
Anda bayangkn senario ini: Si Zalim tak bagi anda jumpa anak sudah lebih 2 minggu. Jadi anda pun baru nk failkn kes interim dan mahkamah tetapkn sebutan pertama sebulan dr tarikh anda failkn kes. Dalam tempoh sebulan tu anda tak boleh nk jumpa anak sbb Si Zalim masih tak bg jumpa. Itu anda baru tunggu sebutan pertama. Selepas habis bicara, anda kena tgu keputusan mahkamah pula.
2 minggu + 1 bulan + … = 3 bulan lebih tak jumpa anak. Siapa yg sanggup?
Ada yg drpd ank tak cukup setahun, smpi ank umur 2 tahun lebih baru dpt jumpa. Anak pn dah ingat2 lupa wajah ibu/ayah itu. Mcm mana boleh jd begitu? Mungkin kerana tidak tahu tindakan apa yg boleh dilakukan dan tidak mendapatkn nasihat peguam drpd awal. Wallahualam.